Sunday, October 28, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Qurban... 2012~





bila time raya kurban ni... kita pasti akan dikaitkan dengan kisah Nabi Ismail dan bapanya Nabi Ibrahim..



pengorbanan yg akan dijulang sampai bila2 dalam menegakkan syariat Allah swt..

cerita pasal pengorbanan ni... ade la aq dengar dlm radio ERA... ape pengorbanan paling besar yg anda lakukan.. so minah ni pown citer...

 12taun dulu sy seorang pelajar pintar di sebuah sekolah,sy mendapat tawaran melanjutkan pelajaran disebuah universiti n then my famly adalah keluarga yg susah.. so saya dinasihati oleh mak sy untuk berkahwin dengan pemuda pilihan mak sy... dijadikan cerita mak sy mengidap penyakit buah pinggang,, so sy telah mengorbankan buah pinggang sy utk mak sy.. dan kini sy terpaksa mengorbankan hidup saya pula... sy mengambil keputusan melarikan diri dari rumah,.. mak sy xnak pandang sy langsung....(begitu la ceritanya)

bnyak erti pengorbanan sebenarnya. dalam konteks dan persepsi yg berbeza je... cth kite berkorban utk someone la agak2 die hargai tak apa yg kita buat.. lepas org tu dah xada baru la nak terkenang kembali...dah xguna dah..





anyway everything we do its just for allah... syukran...

Wednesday, September 5, 2012

Prince Charming Now and Forever

Seorang wanita susah nak dpt seorang lelaki yg perfect serba serbi...

Kebanyakkan perempuan semua nak lelaki yg beriman,bertanggungjawab untuk famly...

ye la sape xnak kan lelaki yg perfect...

ada la satu hari ni aq sembang2 kosong kat tempat keje aq.. biase la take time for take a mud pagi2.. dengar la rakan sekerja aq ni berbual...

Mula2 citer pasal kwn dye:--> kawan aq ni dah kawen tapi duduk serumah dengan keluarga famly isteri dia.. so dijadikan cerita, ahli keluarga isteri die ni ramai, so if nak beli brg makan xkan la nak beli satu je.. sebagai contoh---> kalau beli l sarapan pagi utk bini, xkan beli satu je? makan2 dah hbs, buat bodo je.. org xde perasaan malu boleh la kan.. kena time tu ade duit xpe la.. kalau xde duit? haru biru jugak la.. terpaksa la masukkan sarapn pagi ikot tingkap bilik, dah hbs mkn, buang dlm tong sampah kat depan umah... teruk kan??

tapi seorang lelaki sanggup wat cm tu utk isteri yg dicintai nya...

---> tpi seorang isteri sangup ke wat yg terbaek utk suami dye...

---> luv and luv...

Sunday, September 2, 2012

AKU ALERGIC MAKANAN BERASASKAN TEPUNG

Dengar mcm pelik kan!! tapi itu hakikat nye...

Dunt wury bukan aq sorang je.. ade ramai lagi yg senasib gn aku ni....



MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar  mengalaminya.   Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki  tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap pro­tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada

makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera. 

Ramai yang keliru sama ada mereka mengalami alahan makanan atau ketidaksera­sian makanan. Ini disebabkan kedua-duanya menunjukkan gejala yang hampir serupa. Tetapi ketidakserasian makanan biasanya hanya memberi kesan ringan sahaja seperti rasa tidak selesa pada perut. 

Contoh yang paling biasa dalam kes ketidakserasian makanan ialah tidak toleran laktosa iaitu suatu keadaan ketiadaan enzim tertentu yang diperlukan untuk menghadamkan protein susu. Seseorang itu akan menga­lami kecairan pada najis, kembung perut dan mual selepas mengambil produk tenusu seperti susu atau keju. 

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler­gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:

  • Telur
  • Susu
  • Gandum
  • Kekacang (khususnya kacang tanah)
  • Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala­han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:
  • Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.
  • Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.
  • Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.
  • Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.
TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:
  • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
  • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
  • Kejang perut.
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal dan mata berair
  • Hidung berair dan tersumbat
Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:
  • Kesukaran bernafas
  • Ketat dada
  • Rasa tercekik pada tekak
  • Pening
Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.
  • Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.
RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gejala akibat alahan makanan, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya. Untuk gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamina seperti klorfeniramina contohnya PIRITON® dan difenhidramina contohnya BENADRYL®.

Tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, ketat dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif perlu diberikan. Ini termasuklah penggunaan oksigen, adrenalina, steroid dan ubat-ubatan lain untuk membuka laluan udara dan melegakan gejala tersebut. Tindak balas anafilaksis mungkin mengancam nyawa. Kadangkala rawatan yang agresif dan lebih lama di hospital mungkin diperlukan.

PENCEGAHAN 

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah alahan daripada berlaku ialah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Berhati-hati kerana alergen mungkin hadir dalam kebanyakan bahan dalam makanan harian kita. Oleh itu, ia boleh menjadi punca kepada kejadian alahan yang tidak dijangka. Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan alahan makanan bagi individu yang pernah mengalaminya:
  • Sentiasa membaca kandungan yang terdapat dalam makanan pada label.
  • Apabila makan di luar, pastikan anda bertanya bahan digunakan dalam sajian yang hendak anda pesan.
  • Berunding dengan pakar pemakanan untuk merancang menu yang selamat kepada anda.
  • Dapatkan maklumat daripada pertubuhan seperti Food Allergy & Anaphylaxis Network yang berurusan dengan isu khusus seperti alahan makanan di www.foodallergy.org.
  • Dapatkan buku resipi khas untuk menu bebas alahan.
  • Rawatan pencegahan seperti imunote-rapi dan beberapa lagi terapi baru yang menyerang molekul IgE dalam badan masih di peringkat penyelidikan dan belum lagi disahkan dapat mencegah tindak balas alahan.
Justeru, sebagai individu atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan makanan, anda haruslah bertanggungjawab untuk memilih makanan dengan berhati-hati agar kejadian alahan dapat dielakkan. Oleh itu, pendidikan, pertimbangan dan bantuan sewajarnya daripada doktor, pakar pemakanan, penyedia dan pengeluar makanan amat diperlukan. Kualiti hidup seseorang yang mengalami alahan serius mungkin dapat ditingkatkan jika sokongan seumpama ini dapat diberikan secara konsisten daripada semua pihak terbabit.           

Tuesday, August 28, 2012

Tip-tip Pilih Sport Rim kereta....

Aku nak share gn korang tips2 memilih sport rim!! lebih kurang macam beli ikan kat pasar gak la... same je konsep die..



Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah
a-memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.
b-Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.


1-Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal
Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
Pastu kalau kereta 2000cc above pakai la suka hati korang ..tapi max sampai 21 inci.

advan 14 inci












3-Pastikan tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta. Sebagai contoh kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.



Cara mengukurnya ,
-first betulkan kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanahdengan ruang tayar.
-Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat samaada masih ada ruang lagi tak antara tayardengan absober spring supaya tidak bersentuhan dengan body fender kereta.. ( tayar tidak bergesel dengan body)
-Selepas itu, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu ( supaya tak touching pula pada dinding dalaman ruang tayar)



kalau guna sport rim besar sangat dan tayar tebal sangat maka rapat la tayar dengan fender tu.Kereta jadi tinggi...jadi secara otomatik pusat gravity pun tinggi jugak...tak stabil tuh... tapi kalau guna tayar tipis kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender..Tapi risiko pakai tayar nipis ni Kalau langgar lubang..sekejap aje meletop tayar tu dan sport rim cepat bengkok..


Kalau guna Sport rim ni absober dan spring perlu berpadanan kerana ia sangat penting bagisesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan badan pemandu dan penumpangnya. Meskipun absober sppring dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat. Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lubang atau penghadang jalan. Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidakberfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.



4- Sebenarnya saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft tak cepat rosak kalau sport rim nya sesuai!..Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama... Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. memendekkan jangkahayat peralatan penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada sterengsemua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar


5-Semua Jenis Sportrim sama ada kereta apa pun standard dia mengikut size dan stud pattern/PCD pattern (jarak antara 1 pemegang skru sama lain)
P.C.D = Pitch Circle Diameter - bolt pattern untuk wheel tersebut Ini dikira daripada center of the bolt hole atau saiz Nut
Contoh 4x100, ini bermaksud 4 lugs dengan 100mm diameter dari tengah bolt ke tengah bolt yang bertentangan
Sebenarnya lain kereta lain PCD & nombor lugs mengikut jenis kereta masing-masing. So kalau boleh jangan gatal ubah lebih-lebih semata-mata nak masuk rim pilihan hati tanpa mengambil kira aspek keselamatan.. contoh dari tukar PCD 100 (Wira, satria, putra, Honda civic) kepada
PCD114 ( Saga/Iswara, perdana, gallant,evo 1,2 & 3)
_______________________________
6- Perlu pastikan ukuran OFFSET bersesuaian... Offset ni maksudnya jarak daripada tengah RIM tersebut ke permukaan…Secara tidak langsung offset ini dapat ditentukan sedalam mana tayar

Contohnya
a) +40 : positif offset, spoke lebih dekat ke permukaan luar, tetapi Tayar lagi ke dalam pada wheel arch kita.
b) +20 : spoke rim tersebut lebih ke dalam, rim tersebut kelihatan berbentuk cengkung ke dalam.
_


Ukurun lain : Kelebaran & saiz rim. Kelebaran rim ini diambil daripada Inner lip ke inner lip, dan bukannya dari ukuran daripada luar. Secara amnya Rim tersebut besar sedikit daripada ukuran saiznya, mungkin dalam 1”.
Contohnya 18x8.5 - 18 adalah diameter dan 8.5 adalah kelebaran dalam Inci.

Selalunya masalah timbul bila kita upsize rim tu daripada standard, contohnya standard pakai 14" kita nak pakai 16", offset tu kena betul, kalau tak memang ada possibility tayar nanti ada bergesel dengan wheel arch, absorber cover. Tapi kalau tak teruk sangat kita boleh selesaikan degan bubuh spacer, tapi kena jugak tukar bolt pada wheel hub tu kepada yang lebih panjang so boleh pastikan cukup dalam thread pada nut nanti.
7- Jika mempunyai sport rim yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol.Performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga.. kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
_______________________________
8- Perlu diberi tumpuan, memastikan lubang skru pada sport rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru. 

9- Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol
_______________________________

10- Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. actually, sport rim design ni subjective. depends on kesesuaian dengan kereta. try to match dulu baru pilih. ade kereta yang tak sesuai dengan lips, ade yang sesuai banyak jari. Ok ada gak yang akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece
3 piece

2 piece

11- Warna pada sport rim juga perlu sesuai dengan colour kereta selalunya sport rim yang ada berwarna Metal Grey, Genetic Silver, Bronze Garnet, Tranquility Black… Ada pulak yang suka guna warna chrome berkilat-kilat… ada gak yang guna hitam mati ajerr… kalau ada yang lebih berani nak nampak ranggi guna warna terang macam Chiffon Green atau Brilliant Red

12- Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti JRD, advan,enkei,oz, spoon ,volk TE37 dan lain-lain.. Tapi korang pasti tak sport rim korang tu original atau tidak.. Ok saya bagi petunjuk sikit.. First tengok harga kalau murah sangat pun kita dah leh agak sangsi.. angkat sebelah tangan je sport rim tu... Ringan atau tidak.. dari segi original kalau rim jepun macam enkei ade cop timbul ada sticker kecik... tapi enkei, yang lokal takde ... kalau japan nye rim kat belah dalam tu ada cop made in japan... lagi satu selalunya memang ada Certificate sport rim



13-Ada masalah sikit pada sesapa yang pakai sport rim yang mahal-mahal ni yerr... Masalah kecurian Sport rim kereta... Pencuri Ambik Sport rim dan tayar ganti dengan batu bata....Jadi Nasihat saya pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...






14- Satu masalah yang jarang orang nampak bila guna sport rim besar ni… Bila mana tetiba tayar bocor timbul satu problem...tayar spare yang ada kat bonet belakang tu pulak kecik... So kalau boleh tukar lah sekali Spare tayar tu … Kalau tak jalan senget pulak kereta korang

Kadang kala tu tempat letak tayar spare pon kecik...tak muat nak letak tayar yang bocor tadi...ambik banyak space dalam bonet... Walau pun nampak perkara ni remeh tapi bila terjadi menyulitkan gak…

PESANAN aku..

Cuba korang bayangkan, bangun je pagi-pagi nak pegi kerja tengok-tengok kereta tercinta korang dah senget sebelah.. pasal apa senget.. tengok-tengok rupanya tayar dah takda.. bukan hilang satu atau dua tapi keempat-empat tayar dah takda.. huhu tentunya sangat menyakitkan hati.




Wednesday, July 11, 2012

When I was a young Boy....

1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi. 5. Lukis burung guna huruf M .. mesti ada an an an. HAHAHA. 6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥ 8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.. 9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah... 10. rase heppy tak kalau baca balik kan??


zaman kecik-kecik yang telah dilupakan...


time aq kecik dulu mana ada laptop... aku kenal pc time darjah 6.. ayah aq dpt skim komputer pertamaku.. keluar kan duit epf dpt beli pc.. tapi bapak aq beli pc murah je.. rm1800, murah la sgt.. xde jenama.. memang jahanam la.. dulu simpan data pakai disket... mcm haram pakai disket ni,,, seminggu tak bukak.. dah corrupt file die.. kelakar sungguh,, dulu time nak print la paling azab,,, pergh dah la mahal pergi cc... rm3.00 ha print colour.. jadah tol... untung la budak2 idup zaman teknologi skrng ni... ade iphone,ade tab,laptop,pc,ade fb,,,


bercinta pown dalam fb.. kuikui... mcm2... zaman dah maju.. so thinking style must change to updated...

tapi islam sesuai untuk setiap zaman... setiap masa,,, dimana sahaja... ISLAM UNTUK SEMUA,,





Saturday, June 30, 2012

Kening kanan bergerak, apakah petanda??


- Semua tubuh bergerak kanan dan kiri atas alamat melihat indah2 suatu pula hampir ajal atau
- Tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan.
- Jika ubun2 alamat menjadi menteri atau raja atau beroleh harta banyak, orang pun kasih akan dia.
- Kepala kanan alamat barang pekerjaan beroleh untung
- Kepala kiri alamat akan sakit padahnya
- Semua kepalanya alamat beroleh sukacita
- Dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal.
- Tengkok bergerak alamat banyak orang kasih kepadanya.
- Kening kanan alamat bahagia akan datang.
- Kening kiri lagi bertemu dengan kekasihnya.
- Kelopak mata kanan yang atas alamat beroleh hartanya di bawa oleh keluarganya dari jauh.
- Kelopak mata kiri yang atas alamat beroleh harta di bawa keluarganya jauh ia membawa untung.
- Kelopak mata yang bawah alamat akan menangis.
- Kelopak mata kiri yang bawah alamat jauh daripada bahaya / duka dan berlayar.
- Ekor mata kanan yang atas alamat jauh daripada penyakit.
- Ekor mata kiri yang atas alamatnya terlihat dengan orang di kasihi.
- Ekor mata kanan yang bawah alamat meliht orang datang dari jauh.
- Ekor mata kiri yang bawah lamat sakit .
- Jur2 mata kanan alamat sakit.
- Jur2 mata kiri alamat kasihi orang.
- Biji mata kanan alamat menangis akan sakit atau mati
- Biji mata kiri alamat sakit.
- Hidung kanan alamat jauh daripada bahaya / penyakit atau orang akan memberi rezeki yang halal padanya.
- Hidung kiri alamat akan berbahagia dan bertemu dengan kekasihnya.
- Semua hidungnya alamat berkasih sayang dengan kekasihnya.
- Pelipis kanan alamat mati / kematian.
- Pelipis kiri alamat aman hatinya
- Telinga kanan alamat mendengar khabar yang baik dan beroleh sukacita dan menang ke atas musuhnya
- Anak yamin kiri bergerak alamat orang datang tetapi orang itu daripada sabiqoh datangnya
- Pipi kanan alamat panjang umurnya lagi memakai bauan
- Pipi kiri alamat bebas daripada sakit lagi tenang hati
- Bibir yang atas alamat akan berkelahi dengan sesama lelaki tetapi segala keluarganya kasih akan dia
- Bibir bawah alamat demikian juga
- Kedua2nya bergerak alamat makan minum dan memaki
- Jur2 bibir kanan alamat berkelahi
- Jur2 kiri alamat mendengar yang baik lagi beroleh kirimannya atau ilmu
- Lidah alamat makan minum tetapi berkelahi
- Anak lidah alamat huru hara
- Gigi alamat suka citanya
- Dagu kanan alamat bertemu dengan orang kaya
- Dagu kiri alamat beroleh pengetahuan
- Semua dagu bergerak alamat beroleh pekerjaan yang baik / pekerjaan raja2
- Leher kanan alamat huru hara
- Leher kiri alamat bebas daripada penyakit
- Semua leher bergerak alamat demikian juga atau beroleh kebajikan
- Bahu kanan beroleh harta yang banyak tetapi berkelahi dahulu
- Bahu kiri alamat orang mahu berbuat jahat tetapi kita di muliakan orang
- Lengan kanan bergerak alamat beroleh kebajikan
- Lengan kiri alamat berjumpa dengan sahabat yang baik dan beroleh suka cita
- Siku kanan alamat memegang emas dan beroleh suka cita
- Siku kiri alamat demikian – kata setengah alamat di kasihi orang
- Hati tangan kanan alamat memegang emas – kata setengah alamat di muliakan orang ramai
- Hati tangan kiri alamat beroleh emas / harta lagi untung
- Ibu tangan kanan alamat beroleh harta orang dan di muliakan orang – kata lain alamat kematian
- Ibu tangan kiri alamat jadi penghulu
- Telunjuk kanan alamat berkelahi – jika pada 5 haribulan haji alamat mati / kematian
- Telunjuk kiri alamat di muliakan orang dan beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
- Siku jari kanan bergerak alamat berkelahi
- Siku jari kiri alamat beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
- Jari manis kanan beroleh harta lagi suka cita
- Jari manis kiri segera beroleh emas / perak / perempuan yang cantik
- Belikat kanan alamat cita2nya tercapai
- Belikat kiri alamat akan sangat
- Lambung kiri bergerak alamat percintaan
- Belakang beroleh bahagia tetapi sakit dahulu
- Belakang kanan alamat orang datang
- Belakang kiri alamat orang jahat percintaan
- Lambung kanan alamat percintaan
- Perut kanan alamat beroleh rezeki banyak
- Perut kiri alamat menteri akan datang
- Pinggang kanan alamat kebajikan datang
- Pinggang kiri alamat beroleh anak / harta
- Usus kanan alamat beroleh anak
- Usus kiri alamat beroleh anak / harta
- Dubur beroleh untung / rezeki halal
- Hati kanan alamat duka cita
- Hati kiri alamat sukacita
- Pusat bergerak alamat beroleh harta banyak
- Jejakan kanan bergerak alamat dekat akan berjalan
- Jejakan kiri alamat tenang hati beroleh rahmat
- Pirus kanan alamat ada orang cintai kita
- Perus kiri alamat nauri orang isterinya atau berbuat zina
- Semua perus bergerak berlekang ( berselang seli ) alamat isterinya berbuat zina
- Bahu kanan bergerak alamat ia bertemu dengan kekasih dan beroleh kekayaan
- Ari2 bergerak keduanya alamat beroleh perempuan
- Pangkal perus berkeliling alamat akan beristeri / berbuat zina
- Pintu kanan alamat akan duduk lama / orang datang pada kita
- Pintu kiri bergerak itupun demikian tetapi kita beroleh permainan yang baik
- Paha kiri bergerak alamat beroleh kebajikan / orang membawa emas pada kita
- Paha kanan alamat berjumpa dengan keluarga yang jauh / berjalan jauh
- Lutut kanan alamat beroleh darbia
- Lutut kiri di hormati orang
- Betis alamat berkelahi sesama lelaki
- Betis kiri beroleh harta
- Pergelangan kaki kanan alamat beroleh darbia
- Pergelangan kaki kiri alamat tidak untung jangan di carinya
- Kura2 kaki kanan beroleh kebajikan
- Kura kiri berjalan jauh – kata setengah pula sakit
- Mata kaki kanan almat berjumpa dengan orang datang dari jauh
- Mata kaki kiri alamat mendengar berita baik
- Ibu kaki kanan alamat mendengar berita kematian
- Ibu kaki kiri berjumpa dengan orang pergi lama akan datang
- Telunjuk kaki kanan alamat akan sakit
- Telunjuk kaki kiri berbahagia
- Siku jari kaki kanan alamat beroleh pekerjaan yang baik tetapi berkelahi dahulu
- Jari manis kaki kanan alamat bertemu dengan orang mencuri benda kita
- Kelingking jari kanan berkain baru / barang kehendaknya
- Kelingking kaki kiri alamat sakit hati
- Tumit kanan bergerak kehilangan
- Tumit kiri pun demikian
- Tapak kaki melihat orang yang baik perangainya
- Hati kaki kanan alamat suka cita
- Hati kaki kiri alamat berjalan

SUMBER DI EKSTRAK DARI KITAB TAJUL MULUK

Thursday, June 28, 2012

Erti Sebuah Kehidupan

Jeng..jeng,,jeng...

apa erti sebuah kehidupan?? adakah dengan bangun pagi mandi2 terus pergi kerja? sampai pkul 5.30 petang balik rumah.. mengharungi kesesakan lalu lintas yg tak pernah pudar...

atau masih mencari sebuah kehidupan yg sempurna...

idup ni tak sempurna kalau tak berkat... mcm mana nak carik keberkatan dlm hidup? simple je,,, berbakti pada kedua org tua.. mengikut apa yg diperintahkan oleh ALLAH dan meninggalkan LARANGANNYA,, mudah kan???

aq suka berkwn,, sebab dari situ ada 1001 kwn dan ragam manusia yg aq suka tngok... pelbgai pandangan...

dari pengalaman bercampur dgn pelbagai org ni.. aq dpt satu pegangan hidup "jangan suka burukkan org lain untuk menunjukkan diri kita ini bagus"

kebanyakkan aq jmpe org mcm ni... die tak la bgus mana.. keje cam haram gak.. tapi tetap nak kondem org lain xbgus la.. xperfect la.. mcm la die perfect sgt... tup..tup.. tuhan nak tnjuk kot.. sendiri punya keje yg mcm LAHABAU bak kata org MELAKA...

Jenis org cam ni aq suka layan... sebab aq bnyak dah jmpe spesis cam ni,, citer nak UP,,, habuk pown xde... haha!! sendiri boleh nilai la.. masing2 ada pegangan idup kan.. from that la aq belajar jgn puji diri sendiri kat depan org lain... DON'T DO SOMETHING FOR FUCKING ANYTHING... cuba faham erti keikhlasan tu... sebab org cam ni suka sgt citer pasal jasa n pengorbanan die.. hahaha... adoityaiii,,,, tapi xkemana2 pown.. still kat stu gak... HOW COME?? tapi ALHAMDULLILAH mcm aq rezeki aku murah,,,
so jgn la kita sombong kat bumi ALLAH ni...

aq suke amik contoh mcm2 kwn2 aq yg kaya raya,, gaji riban2... basic dah rm14k la rm15k... tpi still senyap je.. xde kecoh2... rileks2 je cool je.. rendah diri lagi,,, cm ni la bgus diam2 ubi berisi...

~pengalaman mengajar kita erti kehidupan!!