Wednesday, April 6, 2011

Restoran Rawa Steamboat Taman Gaya Tak Halal...

Aku terjebak taun lepas.. Pergi makan kat Rawa Steamboat.. dengan muka confrm nye member aq ckp ni halal beb.. Aku tngok kedai Cina.. eh halal ker? member aq dengan bngga tnjuk kat pintu masuk Rawa tu cop HALAL bhsa Jawi,jakim lagi tu... Ni info yang aku dapat dari Jbtn agama islam johor


 Aduan Awam Tentang Halal – Restoran Rawa Steamboat Taman Pelangi dan Taman Gaya Johor Bahru.

Soalan lazim yang sering diajukan kepada Jabatan Agama Johor adalah tentang status Halal bagi Restoran Rawa Steamboat. Untuk makluman semua umat Islam, Restoran tersebut tidak pernah memohon Halal Johor dan tidak memiliki Sijil halal sama ada daripada JAKIM atau Jabatan Agama Johor. Justeru itu semua umat Islam seharusnya peka dan mengambil serius tentang hal ini, iaitu perlu bijak memilih dan mengenalpasti Logo Halal yang sebenar serta Sijil Pengesahan yang diiktiraf.

Kami di bahagian Pengurusan Halal ini bersama KPDNKK telah beberapa kali membuat pemeriksaan bersama ke atas premis tersebut. Melalui pemeriksaan itu ramai pengunjung Islam mungkin tertipu dengan logo halal yang dipamerkan serta begitu yakin untuk menikmati hidangan yang disediakan  di premis tersebut. Restoran tersebut mendapat Sijil Halal swasta (IFRC) yang tidak diiktiraf. Melalui pemerhatian semasa pemantauan  dijalankan beberapa kesalahan telah dikenalpasti yang tidak menepati Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia seperti:-
  1. Terdapat minuman keras di simpan di bahagian premis,( kesalahan melalui peruntukan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975(iii) iaitu menyimpan atau bersentuhan produk tidak halal dengan apa-apa makanan yang halal.
  2. Tiada tukang masak di bahagian dapur Islam warganegara Malaysia.
  3. Penggunaan bahan mentah yang diperolehi daripada pembekal yang tidak mempunyai jelas status halalnya.contohnya:- pengambilan sumber daging ayam bukan daripada pengedar yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Oleh yang demikian, semua umat Islam, khasnya di Johor seharusnya bijak dalam memilih Restoran atau makanan yang mempunyai sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf. Pihak pengurusan Halal ini juga merngucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua orang awam. Pihak JAJ akan terus memantau Restoran tersebut dan merangka pemeriksaan bersepadu bersama agensi kerajaan lain bagi menjaga kepentingan umat Islam di Johor. Untuk mendapat maklumat senarai pemegang Sijil Pengesahan Halal Johor, boleh melayari laman web JAJ (www.johordt.gov.my/jaj) dan klik pada Direktori Halal.


so mungkin dimaafkan keran aku telah tertipu... iskh2.. so boikot la aper lagi...

No comments :

Post a Comment