Monday, April 11, 2011

Telur Tiruan

Macam2 ada di Malaysia ini. Terbaru isu pasal telur ayam tiruan dari China. Walaupun isu ini dah lama di China tapi baru kini telur tiruan ini menmbusi pasaran di Malaysia. Jom kita hayati bagaimana cara2 nak kelal pasti telur ayam tiruan dengan original!
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah  makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.










Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.
Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.




Ingat kn gila babis org ni berjaya cipta telur tiruan tu... aku pown risau gk.. ape kejdahnye benda yg aku mkn ni..hhehe ntah2 tiruan ni fakta die...jeng jeng


Tiada telur tiruan di pasaran negara ini, apa yang ditafsirkan telur tiruan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur luar biasa atau bergred rendah, dan bentuknya sedikit berlainan sama ada ia lebih besar atau tidak bujur seperti telur biasa,” kata Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin. Beliau berkata, keputusan awal daripada ujian terhadap telur yang didakwa tiruan dari sebuah pasar di Pulau Pinang, baru-baru ini menunjukkan ia adalah tulen dan dihasilkan daripada ayam, bukannya bahan kimia.

Tambahan pula, katanya Malaysia tidak pernah membenarkan pengimportan telur dari luar negara kerana bekalan yang ada di pasaran ketika ini adalah mencukupi untuk keperluan pengguna di negara ini.
“Lebih 23 juta telur dihasilkan setiap hari di 340 ladang seluruh negara, dan lebih tiga juta dieksport ke Singapura. Kalau ada pun untuk tujuan pembiakan, bukan untuk dimakan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Perunding Eksekutif, Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Dr Abdul Rahman Md Saleh.

Bagaimanapun, Dr Abd Aziz berkata, pihaknya akan membuat kajian untuk memastikan telur terbabit tulen, bagi memastikan isu itu tidak terus berlanjutan sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai.

“Kita akan melakukan kajian terperinci di Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi bagi memastikan kandungannya selamat dimakan.

“Tetapi apa yang nak kita tegaskan di sini adalah telur itu adalah tulen... memang tak ada telur tiruan di pasaran, kalau ada mana-mana persatuan atau pengguna yang mempunyai telur tiruan ini, kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini,” katanya.
Beliau berkata, pemerhatian yang dibuat terhadap telur yang didakwa tiruan juga mendapati ia tidak mempunyai perbezaan di mana kedua-duanya mempunyai titik darah kecil, dan terdapat selaput di keliling telur kuning yang tidak mudah pecah, malah putih telurnya macam kaca.

Namun, katanya telur kuning mungkin berbeza antara satu telur dengan telur lain kerana dipengaruhi faktor makanan yang diberikan kepada ayam berkenaan.

Selain itu, katanya tiada teknologi yang boleh membuat telur sesempurna telur yang dihasilkan ayam, dan jika ada mereka yang mencipta atau melakukan penyelidikan itu patut diberi hadiah Nobel.

~siap nak bg hadiah nobel lagi tu..hahahah cam estein siot wat teori atom f=ma hahaha


Analisis Deoxyribonucleic acid (DNA) yang dijalankan Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam dari Pulau Pinang mendapati telur berkenaan adalah tulen. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan analisis itu mendapati kandungan protein sampel telur tersebut adalah sama dengan telur ayam.

“Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


~tak yah risau la kan.. gila beb intelligent org China kan kan cipta Telur Tiruan... hahaha

wat sambal telur kan sedap.. msk kicap ker...



 

No comments :

Post a Comment