Thursday, June 23, 2011

Tahniah Skuad Malaysia B-23




Tahniah kepada skuad bola sepak Olimpik Malaysia setelah menang 2-1 menentang Lubnan dalam pusingan kedua. Terima kasih juga kepada semua yang mengikuti perlawanan ini dan juga semua pihak yang bekerja keras untuk memastikan kejayaan ini.



Tahniah Skuad Malaysia




Khairul Fahmi, kapten pasukan rasanya layak dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk malam ini.

Apakah langkah seterusnya setelah kemenangan bermain dengan 10 orang malam ini? Malaysia bersama-sama 11 lagi pasukan dari negara Asia akan ditempatkan di dalam 3 kumpulan yang mana 4 pasukan setiap satu kumpulan dan juara akan ke London untuk kejohanan bola sepak Sukan Olimpik 2012. Manakala tempat kedua setiap kumpulan akan bermain sesama sendiri dan yang menang akan lawan dengan pasukan di benua Afrika untuk ke Sukan Olimpik 2012.



So dalam Sukan Olimpik 2012, 16 pasukan akan bermain dalam perlawanan bola sepak iaitu:
  • 3 dari benua Asia
  • Great Britain
  • 3 dari benua Afrika
  • 2 dari Amerika Utara, Amerika Tengah dan Rantau Carribbean
  • 2 dari Amerika Selatan (Brazil dan Uruguay sudah menempah tiket)
  • 1 dari negara-negara Ocenia
  • 3 dari benua Eropah (so far Sepanyol dan Switzerland sudah layak)
  • 1 playoff antara naib juara kumpulan Asia lawan tempat ke-4 benua Afrika

Layak ke Olimpik London

Mana aku ni.. tak nampak plak

Chayok la Malaysia!!

~tahniah Malaysia... dapat ke olimpik London

No comments :

Post a Comment