Monday, May 30, 2011

KENANGAN BABY yg Lahir tahun 70an,80an,90an..

best je time ni meriah sgt





ni la basikal paling rare time budak2 dulo

sape penah habiskan game super mario ni? game tape dulu baii old skwel gler

abg ader jual buku yg menarik untuk bacaan adik2... ade cter badang.. cter antoo..!!!


Kenangan Kita Budak2 yg membesar dengan menonton TB pkul 4 tiap2 hari..
teringat dulu time kecik2..
Rata-rata sekarang suma dah umur 18-30... Steady yoo!!! REMEMBER YESTERDAY
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, 
Transformers, Thundercats, 
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey 
Mouse. Not to forget 
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
thunder cats tu haha
  

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, 
mesti pegang cawan 
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn 
classmates semua kat 
seblah... 


ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list 
dentist appointment. 
pastu 
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. 
ada gigi yang 
berlubang, kene laa tampal. 

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak 
galakkan budak2 
time 
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... 

minum susu la bro dulu2


cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang 
warna kuning tu. 
pukul 
tapak tangan...kan? 


semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 40/50 sen jek kat 
kantin. 


Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular 
utk meluangkan masa 
dgn 
family. ni for those yg dok KL laa 
dah tingal kenangan je ni... penah sesat kat sni dulu hahaha


mana ada TS,MID VALLEY,BB.. yg ini ada la


time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah 
Bata BM Turbo atau 
Pallas Jazz. 
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china 
tu...ada yang suka 
stoking 
tebal laaa... 



internet? email? mendalah ape tu? 

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 
5 inggit je. 

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum 
Kum, UFO, O-Ya, 
Ding 
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 
'telur' keras warna 
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. 



tak dilupakan, 'Ti Kam'. 
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy 
Family laa dlm 
class. 

hepy famly at home


tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh 
beli aiskrim ngan 
apek 
kat luar skola tuh... 
 

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje 
skolah, jom kita 
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan 
(RMT) mesti kluar 
awal. 



lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, 
PJ. main bola laa, 
rounders la,...





KENANGAN YG TAK MUNGKIN DILUPAKAN!!!!

Wednesday, May 25, 2011

Jenis-Jenis Fesyen Tudung Zaman Sekarang

Tudung pown dikira fesyen ma... so mari lihat skop2 tudung... sapa kata pakai tdung xley berfesyen.. eiii KAMPUNG la u ni....


1. Tudung ‘Mickey Mouse’ - Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher. 



2. Tudung Lilit - Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.. 


3. Tudung ‘See Through’ - Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul - Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. 

5. Tudung ‘Singlet’ - Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan. 

6. Tudung Saji - Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


urmm nak salahkan sape?

akak sexy taw dlm iman

style ker?

aik cik babun

alamak.. xbleh ker? ingatkan boleh

baru la fesyen kan


~Biasa la dunia nak kiamat.. mak geleng kepala masa depan huru hara
aku cuma citer bnda yg aku nampak terpulang la korang nak terima atau TAK!!!!

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz tuka kepada Aleesha Farhana Abd Aziz...


  Mahu Tuka Nama La YANG ARIF!!











KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.
 

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.
 

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
 

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.


Babi & Kegunaanya : ader kegunaan tu

Setiap bahagian pada babi ada kegunaannya di dalam kehidupan harian manusia.Banyak produk yang di hasilkan daripada setiap bahagian babi dari bulu,kulit,daging,lemak,organ dalaman,darah,hidung,tulang dan segala-galanya tentang babi.Semuanya boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk lain.Ini menjadikan babi adalah ternakan yang paling menguntungkan dengan kos pengurusan yang paling minimum.Berikut disenaraikan bahagian babi yang digunakan untuk menghasilkan produk lain.

1.Uji kaji senjata kimia:Tisu manusia dan tisu babi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama maka
ia sering digunakan sebagai bahan uji kaji untuk senjata kimia.

2.Ais krim:Digunakan untuk menghasilkan gelatin.Tambahan gelatin itu digunakan untuk
mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan.

3.Baja:Dihasilkan dari bulu babi yang telah di proses.

4.Mentega rendah lemak:Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.

5.Bir:Gelatin di bahagian ini digunakan agen penjernih.Ia bertindak balas dengan bahan pahit
dan tanin untuk menyerap elemen yang menyebabkan waran air berkeladak dan
menghasilkan minuman yang jernih.

6.Pelembut pakaian:Asid lemak dari lemak tulang di bahagian ini menghasilkan warna.

7.Berus cat:Dihasilkan daripada bulu babi.

8.Jus buah-buahan:Gelatin digunakan untuk menyerap keladak air dan menghasilkan air yang
jernih.

9.Syampu:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan menghasilkan warna syampu yang
berkilat seperti mutiara.

10.Lilin:Asid lemal daripada lemak tulang digunakan untuk mengeraskan lilin dan
mempercepatkannya menjadi cair.

11.Roti:Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.

12.Peluru:Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.

13.Ubat berbentuk tablet:Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran ubat tablet untuk
menjadikannya lebih keras.

14.Serbuk pencuci:Asid lemak daripada lemak tulang untuk menguatkan campuran bahan kimia.

15.Cat:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan untuk menjadikan cat berkilat.

16.Tambourine:Dibuat daripada pundi kencing babi.

17.Arak:Gelatin digunakan sebagai campuran didalam arak untuk menjernihkan air.

18.Kertas:Gelati tulang digunakan untuk meningkatkan tahap kekerasan kertas dan
mengurangkan kelembapannya.

19.Heparin:Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah,ia diambil dari mukus
yang terdapat didalam usus babi.

20.Sabun:Asid lemak daripada tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan pewarna.

21.Gabus:Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.

22.Insulin:Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling
hampir dengan manusia.

23.Yogurt:Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam seesetengah yogurt.

24.Rokok:Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter atau penapis pada rokok
untuk bertindak sebagai paru-paru tiruan.Tujuan untuk menghalang bahan kimia berbahaya
daripada memudaratkan perokok.

25.Filem fotografi:Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.

26.Makanan anjing:Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.

27.Terapi Photdynamic:Hemoglobin darah babi digunakan di dalam ubat untuk merawat
kerosakan retina.Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.

28.Pelembap:Asid lemak daripada lemak tulang digunakan sebagai campuran di dalam
pelembap.

29.Snek anjing:Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.

30.Karyon:Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.

31.Kasut:Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti dan tekstur kulit.

32.Brek kereta api:Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.

33.Ubat gigi:Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat
gigi yang halus.

34.Gam kayu:Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasakan kayu dihasilkan
daripada kolagen.

35.Topeng muka kosmetik:Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.

36.Sumber tenaga alternatif:Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar
untuk menghasilkan tenaga elektrik.

37.Makanan tenaga:Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang
murah kepada atlet bina badan.

38.Krim keju:Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.

39.Ktim putar:Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.

40.Pemanis:Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut dan mengegel dan untuk
memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liquorice,arak,gula dan gula
getah.

Ha nak ternak babi ker? Rasa-rasa...

Sunday, May 22, 2011

Apa ke jadahnya?? Masa Depan Huru-Hara---

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
...Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.




Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Muhyidin~! RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tanhiah Najib Razak,
Kerana berjaya memperbodohkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!


~Renung2 kan dan Selamat beramal

~Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).- giler babis kan?








MEH TENGOK KATA-KATA SEORANG PROFESOR PULAK~

Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan Negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 6 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP : Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP : Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP : Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP : Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP : Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP : Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini ‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP : Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

8) Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP : Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP : Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP : Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

Sisipan : SINAR HARIAN (6 Januari 2011)

Oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Friday, May 20, 2011

Long Journey - Johor-Perak (Pasir Gudang- Lumut)

bertolak dalam pkul 10.30mlm.. dari Larkin ke Sitiawan..
memang tido je la dalam bas.. hbs,siang keje..mlm dah gerak gi perak.. tau aku trun je kat lumut.. tup2 kat lumut lagi dekat gn tempat yg nak gi wat keje tua.. sampai dalam pukul 6.30 pagi.. sebenarnya risau gak naik bas mlm2 ni.. ye la mcm3 kes kan sekarang... tpi syukur la xde pape.. 3hari dok kat sitiawan ni.. xsempat jalan2 ponw.. tpi dpt jugak jalan2.. makan2 lauk kg.. pergh yg paling penting gulai TEMPOYAK ikan patin.. terbaik shiolll....

Perak- negeri kelahiran aku... aku dilahirkan di Hospital Daerah Tapah... so aku jejak kan kaki kat negeri perak ni.. slalo balik kg je kat sungkai bukan jauh pown..

Dpt jugak jalan2 kejap je.. tu pown org bwk jalan hehe... thanks to Mr Ismail bwk pusing2.. gn operation manager Hoi Leh.. umur 18tahun tapi sudah pkai Toyota Camry ma..

Tpi pegi kat Kencana HL punya yard.. mak aii parking sepah2 cam kat sembawang... tak cam MMHE parking disediakan.. Suasana kat sini lebih kurang cam kat pasir gudang je.. sume org pagi2 bwk safety helmet.. keh3...

Lumut-Manjung-Sitiawan = Pasir gudang-Masai-Plentong lebih kurang je perjalanan die..

cam Klang-Shah Alam-Kl jep..tempat dekat2..

Nak tngok Navy? bnyak gak kat sini... sepanjang jalan kat sni.. sepanjang persimpangan mesti ader pasang cctv.. takot org berlumba agaknya... jalan sume lebar n besar2.. dah cam kat kl.. bnyak pembangunan jugak sni.. biasa la tempat tarikan pelancong kan..

Tpi if dari kl nak ke sni.. just 3jam je.. sebab ikot jalan dalam.. lau ikot highway Utara-Selatan agak jauh..

alternative  its here...
sampai kat lumut dah pagi

Pekan Sitiawan.. ader The store tu
susana pagi di Sitiawan

di Lumut Port

in construction lagi supply vessel

Grade One shipyard

place of inspection

Kencana HL.. jacket fabrication 
gerek tak bas ni?

sunset Teluk Batik..syahdu

Nak gi lcct pown leh.. sebab sitiawan ader airport

Pintu gerbang ke Lumut..

Lumut jeti nak gi pulau pangkor
Ikan Pari Bakar,Tomyam,Kailan Ikan Masin,Siakap 3rasa sedap sungguh
Kencana HL from air

TLDM punya pangkalan kat Lumut


damai laut resort

Temapat Bercuti cam ni la Teluk Batik

Kencana n Lumut Port

Bekerja sambil bercuti~ hepy holiday n hepy work.. work safely..

Monday, May 16, 2011

Liverpool Never Walk Alone





Why.. hahaha.. liverpool kalah pulak gn Totenhem.. 2-0
ke saje.. Biasa la liga dah habis pown...
Manchester United yg menjuarai.. so says Tahniah je la... keh3..






Dalam Malaysia pulak Kelantan akan bertemu Terengganu dalam final piala FA...jgn gaduh sudah der.. masing2 nak tngok sapa gedebe.. hak tu kawe tok gemar..

Pantai timur hebak... hahahha