Tuesday, September 27, 2011

Setinggan a.k.a Seting Garden

Tetibe plak teringat time kecik-kecik dulu.. time kl di awal 90an.. sebab gua terbukak satu koleksi gambar lame2 time gua kecik2 dulu.. OLDskewl la kira nya..

time mula2 org tua gua berhijrah ke kota kuala lumpur...

so dijadikan cerita parents gua ni diawal2 perkahwinan duduk la di sebuah kg setinggan.. kat kg medan.. syok weh.. tiap ari ahd ade pasar pagi.. riuh nye.. bunyi itik,bunyi ayam..


seting garden

pas tu kami sume pindah kat pantai dalam.. until now la..

masa umah setinggan kat pantai dalam.. biase la.. bumbung mesti bocor punya.. depan umah aq ni lapang.. ley tanam sayur.. maklum la bapak gua tu skolah vokasional amik pertanian.. so memang tanam ape pown jadi je.. style beb..

pas tu pindah lagi ke rumah panjang bukit kerinchi... kat stu sewa rm45.. dari taun 1994-2008.. lame tu.. rm45.. memang la org dok kl kaya jep.. haha..

time umah setinggan dulu.. umah sume mana ada paip air.. so ade satu paip awam.. public pipe.. syok woo.. ley main rebut2... haha.. smpai gaduh2 kekadang.. kat umah gua dulu ade getah paip panjang..
kegunaan die, nak amik air la,,, connect to my house.. kegunaan kedua.. buat libas gua gn adq2 gua.. alamak.. bapak gua la libas.. keh3.. tq my dad.. lau tak libas tak jadi org la gua sekrang..



kekadang gua suke beb imbau balik kenangan dulu3.. gi pasar mlm gn bapak gua.. time kecik2.. beli mainan..
Syok ar dok Pantai Dalam,Kuala Lumpur... gua membesar kat KL.. hiruk pikuk Kuala Lumpur.. now dah mcm2 ada.. highway pown dah ade area umah gua.. haha..

pasar malam..


highway near at my hometown


~Kuala Lumpur Cosa Nostra

Thursday, September 22, 2011

Cerita Gajah di Tenggaroh... Apa menariknya?





Ha baru-baru ni ade hot story pasal GAJAH... ape tak nya.. artis nak buat majlis kawen kat Felda Tenggaroh mesti la hot story geng..

ha sape2 yg tak taw Tenggaroh kat ner.. ni map nye


zoom 1x lagi map

simpang ke tenggaroh

Tetibe plak ade kua story GAJAH ngamok plak..

so mesti la Memey gn Norman ni expect time sanding nti ader lak gajah dtng.. haha.. haru biru brade.. nti bleh la amik gajah tu... buat kain.. 'gajah duduk'...

banyak ni gajah...


ade la aku bce sikit dalam UTUSAN ni.. 

aku bnyak kali gak gi Felda Tenggaroh ni..

tngok kan xde gajah!! 


sebab kat sni ade pusat peranginan cam Tg Leman.. lagi satu member aq punya kg pown kat sni.. so ade gak la singah2.. tpi xpenah lak jmpe gajah.. haha...



ader la satu story member aq budak Tenggaroh citer ' org kg die mati kena 'riot' gn gajah.. sape surh dok dekat2 kan' amik ko obat...


ha yg baju ijau tu bapak member aq gn adq die.. kat tenggaroh


Kampung Memey di Felda Tenggaroh diserang gajah liar

KOTA TINGGI 16 Sept. - Felda Tenggaroh Selatan 1 yang bakal menjadi tumpuan pada 24 September ini berikutan pernikahan dua artis popular Norman Hakim dan Memey, di situ kini diancam 'serangan' gajah liar.
Kejadian yang berlaku sejak April lalu membimbangkan kira-kira 400 peneroka di kawasan tersebut kerana binatang itu semakin 'mengganas' merosakkan tanaman dan harta benda di situ.
Terbaru, sekumpulan 13 gajah liar 'menyerang' Masjid Jamek kampung itu, kelmarin.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Tenggaroh 1, Mustaffa Bidon berkata, kewujudan kumpulan gajah liar di Felda berkenaan menimbulkan keresahan kepada peneroka kerana ia bukan sahaja merosakkan harta benda dan tanaman, malah mampu mengancam nyawa penduduk.
"Pagi kelmarin kumpulan gajah itu sudah masuk ke kawasan masjid dan rumah peneroka. Pada masa itu, ada 13 ekor gajah termasuk empat ekor anak gajah memusnahkan banyak tanaman landskap dan pagar masjid di sini.
"Selain itu, kumpulan gajah berkenaan turut merosakkan tanaman penduduk seperti pokok pisang dan kelapa sawit," katanya.
Justeru, beliau meminta bantuan daripada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menangkap atau menghalau kumpulan gajah itu ke kawasan hutan sebelum lebih banyak kemusnahan ditanggung peneroka.
"Tindakan segera amat perlu bagi mengembalikan ketenangan Felda ini dan mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya.


tapi org kat tenggaroh ni ade gak yg marah.. sebab statement ni akan mengaibkan org2 kg felda tenggaroh..

ye la.. mesti org takot nak gi Tenggaroh kan.. gn gajah pown nak takot... gajah je kot..



Usah terpedaya cerita gajah liar

KOTA TINGGI: Pengunjung majlis pernikahan dan persandingan pasangan Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi (Memey) di Felda Tenggaroh di sini, esok, diminta tidak bimbang berkaitan keselamatan masing-masing berikutan ura-ura menyatakan perkampungan itu kerap diancam gajah liar.
Seorang penduduk, Suraya Sulaiman, 48, berkata, penduduk terkilan dengan kenyataan pihak tertentu yang seolah-olah bimbang dengan kehadiran sekumpulan gajah liar di sekitar kawasan itu, kebelakangan ini.

Menurutnya, secara tidak langsung, ia mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk dan pengunjung perkampungan itu.

“Hingga kini, penduduk hanya terserempak seekor gajah di kebun dan ia tidak memasuki kawasan perumahan.

“Kami berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan cerita yang dibesar-besarkan itu dan penduduk sudah melaporkan kepada pihak Perhilitan,” katanya.

 
~pape pown makan Tempoyak kat umah huzaimi(Tenggaroh 2) best gk bro.. credit for u bro!!
xde plak aku jmpe gajah.. haha..

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya..Raya di OFFSHORE!!

Salam... kawan2...
sempat jugak la aq beraya gn fmly.. setelah bertahun2 tak beraya bersama...
walaupun xlama kan...

dan nak sisipkan beberapa pitc time kat offshore lagi... baru2 ni.. hahaha...

offshore job

fso abu dilautan

helideck fso abu

sunset terbaik...

320km dari persisiran pantai terengganu

syahdu

fso abu yg tenang

lautan luas

abu cluster disitu

xde keje..haha

mr million dolar man

terharu ni..sambut besday kat offshore

ombak kuat...sudah mau ujan

fso abu..terbaik

plessing

morning meeting

last snap with surveyor n petronas client


ader ubi ader batas... ader hari... naik offshore lagi hahhaa.... salam!!